Monday 28 April 2014

Selebriti-selebriti: Sebelum dan selepas ketagihan dadah


1. Macauley Culkin

Anda mungkin kenal Macauley Culkin, seorang pelakon Amerika yang berlakon sebagai Kevin McCallister dalam filem terkenal "Home Alone". Walaupun dia terkenal pada zaman kanak-kanaknya, dia telah memilih untuk mengambil dadah kemudian dan menjadi ketagih. Ini telah memusnahkan masa depannya.



2. Kate Moss

Kate merupakan seorang peragawan yang terkenal dengan rupa parasnya yang cantik. Walaubagaimanapun, Kate telah mula menjinakkan dirinya dengan cocain dan ini telah menjadikan mukanya yang telah cantik, kurang menarik.



3. Lindsay Lohan

Lindsay ialah seorang pelakon, peragawan dan artis rakaman Amerika yang terkenal dengan wajahnya yang menawan dan bakat lakonannya yang hebat. Walaubagaimanapun, ketagihannya kepada dadah telah menjadikan mukanya nampak lebih tua daripada usianya.



4. Pamela Anderson

Pamela menjadi terkenal apabila muka yang cantiknya muncul dalam drama Amerika yang terkenal satu dekad dulu "Baywatch". Pelakon Kanada-Amerika ini juga terkenal dalam bidang kerjanya sebagai peragawan dan gadia pameran. Sejak dia ketagih dengan dadah terutamanya cocaine, mukanya tidak secantik dulu lagi.



5. Robert Downey Junior

Percaya atau tidak, Robert yang berlakon sebagai Iron Man dalam filem and sirinya terlibat dengan najis dadah seawal usia 6 tahun. Ketagihan Robert kepada dadah juga membawa kepada ketagihan alkohol kemudian dan dia amat kesal dengan dirinya pada waktu dulu. Dia bertekad untuk menjauhi dadah dan menjadi berjaya, sebagaimana yang anda boleh lihat sekarang.

No comments:

Post a Comment