Sunday 27 April 2014

Matlamat Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah

Matlamat Penubuhan KPJ

1. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya  gejala antisosial di sekeliling mereka. 

2. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah. 

3. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai  kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman. 

Moto Kelab Pencegahan Jenayah - Mencegah lebih baik daripada memerangi [KPJ+1.jpg]

No comments:

Post a Comment