Monday 28 April 2014

Ragut

DEFINISI
  • Ragut membawa maksud menarik, menyentak dan mencabut secara paksa atau dengan kekuatan. 
  • Kes ragut di Malaysia kini semakin berleluasa di mana-mana saja, tidak kira di bandar mahupun di kampung.
  • Sejak dahulu masyarakat tidak ambil kisah mengenai kes ragut biarpun ada kalanya individu terbabit kehilangan sejumlah besar wang tunai dan barang kemas. 
  • Ada kes ibu sedang sarat mengandung, terbunuh semasa kes ragut, ada yang cedera parah semasa kes ragut, ada juga yang calar dimuka kerana ditoreh dengan pisau cukur ketika melawan peragut dan bermacam-macam lagi.
  • Kalau dinamakan peragut, wanita tidak perlu membawa beg tangan pun boleh diragut. Sebab? Sebabnya itu adalah memang kerja dan mata pencarian mereka sehari-hari. 
  • Walaubagaimanapun sukar sekalipun, mereka pastinya akan berikhtiar untuk meragut mangsa, tidak kira lelaki atau pun perempuan. Yang pastinya golongan wanita yang ramai menjadi mangsa dalam kes ragut di Malaysia. 
  • Walaupun kaum lelaki ada juga menjadi mangsa ragut tetapi jumlahnya adalah sedikit jika dibandingkan dengan kejadian ragut dikalangan wanita. 
  • Ini kerana, peragut beranggapan bahawa kaum wanita adalah lemah dan tidak mampu untuk bertindak balas.


LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN JENAYAH RAGUT
  • Jenayah ragut di Malaysia merupakan isu dan jenayah yang semakin berleluasa dan membimbangkan. 
  • Rakyat Malaysia berasa tidak selamat dan aman walaupun berada di negara sendiri kerana perlu sentiasa berhati – hati dan tidak bebas untuk melakukan aktiviti atau urusan seharian. 
  • Selain itu, perlu mengawasi keadaan sekeliling untuk memastikan keselamatannya terjamin. 
  • Sehubungan dengan itu, pelbagai pihak termasuk kerajaan, polis, masyrakat dan individu saling memerlukan bagi membendung jenayah ragut ini sebelum ianya menjadi lebih meruncing sehingga tiada jalan penyelesaiannya. 
  • Pelbagai pihak disaran untuk bekerjasama bagi membendung gejala ragut ini supaya dapat di atasi. 
  • Terdapat pelbagai langkah–langkah atau cara pencegahan melalui beberapa pihak antaranya ialah melalui pihak berkuasa tempatan, undang–undang, masyarakat dan individu itu sendiri.

Tips : 8 Langkah Untuk Tumpaskan Peragut !!

Perbandingan Jenayah di Malaysia

Perbandingan Jenayah Indeks Jan - Dis 2012/2013
     
KONTINJEN
JENAYAH INDEKS
JAN – DIS
2012
JAN - DIS
2013
+/-
%
PERAK
8, 545
7, 429
-1,116
 -13.1
KEDAH
10,100
8,636
-1,464
 -14.5
MELAKA
4,764
4,186
-578
-12.1
SARAWAK
10,382
9,191
-1,191
 -11.5
PERLIS
974
831
-143
 -14.7
NEGERI SEMBILAN
6,563
5,993
-570
 -8.7
JOHOR
19,068
17,105
-1,963
-10.3
PAHANG
5,619
5,257
-362
-6.4
KELANTAN
6,053
5,737
-316
-5.2
SABAH
6,046
5,772
-274
-4.5
KUALA LUMPUR
23,022
22,319
-703
-3.1
PULAU PINANG
8,399
7,936
-463
-5.5
TERENGGANU
3,505
3,610
105
3.0
SELANGOR
40,629
43,060
2,431
6.0
MALAYSIA
153,669
147,062
-6,607
-4.3
http://www.rmp.gov.my/about/Ops.cfm?mod=78#

Ikrar Kelab Pencegahan Jenayah

Ikrar

Kami,

Ahli-ahli Kelab Pencegahan Jenayah,

Malaysia

Berikrar,

Bahawa Kami Akan Berusaha,

Menjadi Ahli Yang Sentiasa Mematuhi,

Peraturan dan Perlembagaan Kelab,

Peraturan Sekolah dan

Undang-undang negara

Demi Memartabatkan Nama Baik Kelab dan Sekolah,

Berlandaskan,


Taat dan Patuh Kepada Ajaran Agama,

Taat dan Patuh Kepada Perlembagaan Kelab dan,

Taat dan Patuh Kepada Peraturan Sekolah,

Kami Berjanji,

Akan Sentiasa Berusaha Menjadi Ahli Yang Berketerampilan,

Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab, amanah,

Dan adil Dalam Melaksanakan Tanggujawab.

Kami Berjanji,

Akan Cuba Sedaya Upaya Untuk,

Mencegah, Menghindari dan Memerangi Jenayah,
Demi Untuk Kesejahteraan Seluruh Warga Malaysia.

Lagu Kelab Pencegahan Jenayah

Kelab Pencegahan Jenayah
Sekolahku Yang Tercinta
Menjunjung Rukun Negara
Mendukung Peraturan Sekolah


Walau Di Mana Kami Berada
Kami tetap Tunaikan Amanah, Tanggungjawab
Yang Diberi
Bermoral Beretika


Walau Di mana Kami Berada
Kami Tetap Tunaikan Amanah, Tanggungjawab 
Yang Diberi
Bermoral Beretika


C/O     MARI CEGAH JENAYAH 
Semua Hindari Bersama 
Mari Perangi jenayah 
Tanggungjawab Kita Semua


MARI CEGAH JENAYAH
Semua Hindari Bersama
Mari Perangi Jenayah
HIDUP BEBAS AMAN MERDEKA (2X)
HIDUP BEBAS………….   AMAN MERDEKA ………….!

LAGU : HUSSEIN HAJI USIH
LIRIK: HUSSEIN HAJI USIH & ARIFA HAJI KURAGA
SUSUNAN MUZIK HUSSEIN HAJI USIH & YAMAHA MUSIC SCHOOL

Kelab Pencegahan Jenayah Bandar Baru Bangi



Selebriti-selebriti: Sebelum dan selepas ketagihan dadah


1. Macauley Culkin

Anda mungkin kenal Macauley Culkin, seorang pelakon Amerika yang berlakon sebagai Kevin McCallister dalam filem terkenal "Home Alone". Walaupun dia terkenal pada zaman kanak-kanaknya, dia telah memilih untuk mengambil dadah kemudian dan menjadi ketagih. Ini telah memusnahkan masa depannya.



2. Kate Moss

Kate merupakan seorang peragawan yang terkenal dengan rupa parasnya yang cantik. Walaubagaimanapun, Kate telah mula menjinakkan dirinya dengan cocain dan ini telah menjadikan mukanya yang telah cantik, kurang menarik.



3. Lindsay Lohan

Lindsay ialah seorang pelakon, peragawan dan artis rakaman Amerika yang terkenal dengan wajahnya yang menawan dan bakat lakonannya yang hebat. Walaubagaimanapun, ketagihannya kepada dadah telah menjadikan mukanya nampak lebih tua daripada usianya.



4. Pamela Anderson

Pamela menjadi terkenal apabila muka yang cantiknya muncul dalam drama Amerika yang terkenal satu dekad dulu "Baywatch". Pelakon Kanada-Amerika ini juga terkenal dalam bidang kerjanya sebagai peragawan dan gadia pameran. Sejak dia ketagih dengan dadah terutamanya cocaine, mukanya tidak secantik dulu lagi.



5. Robert Downey Junior

Percaya atau tidak, Robert yang berlakon sebagai Iron Man dalam filem and sirinya terlibat dengan najis dadah seawal usia 6 tahun. Ketagihan Robert kepada dadah juga membawa kepada ketagihan alkohol kemudian dan dia amat kesal dengan dirinya pada waktu dulu. Dia bertekad untuk menjauhi dadah dan menjadi berjaya, sebagaimana yang anda boleh lihat sekarang.

Sunday 27 April 2014

Jawatankuasa Kelab Pencegahan Jenayah

Pelaksanaan Kelab Pencegahan Jenayah di semua sekolah ditentukan dan dipantau oleh: 
  1. Jawatankuasa Bertindak melalui pendekatan masyarakat yang dibentuk oleh Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Salah Laku Murid di peringkat KPM.
  2. Jawatankuasa Disiplin Murid Jabatan Pelajaran Negeri 
  3. Jawatankuasa Peringkat Gabungan/Daerah/Zon (pengetua/guru besar yang dilantik oleh KPPM)
  4. Jawatankuasa Kelab Pencegahan Jenayah peringkat sekolah.