- Ragut membawa maksud menarik, menyentak dan mencabut secara paksa atau dengan kekuatan.
- Kes ragut di Malaysia kini semakin berleluasa di mana-mana saja, tidak kira di bandar mahupun di kampung.
- Sejak dahulu masyarakat tidak ambil kisah mengenai kes ragut biarpun ada kalanya individu terbabit kehilangan sejumlah besar wang tunai dan barang kemas.
- Ada kes ibu sedang sarat mengandung, terbunuh semasa kes ragut, ada yang cedera parah semasa kes ragut, ada juga yang calar dimuka kerana ditoreh dengan pisau cukur ketika melawan peragut dan bermacam-macam lagi.
- Kalau dinamakan peragut, wanita tidak perlu membawa beg tangan pun boleh diragut. Sebab? Sebabnya itu adalah memang kerja dan mata pencarian mereka sehari-hari.
- Walaubagaimanapun sukar sekalipun, mereka pastinya akan berikhtiar untuk meragut mangsa, tidak kira lelaki atau pun perempuan. Yang pastinya golongan wanita yang ramai menjadi mangsa dalam kes ragut di Malaysia.
- Walaupun kaum lelaki ada juga menjadi mangsa ragut tetapi jumlahnya adalah sedikit jika dibandingkan dengan kejadian ragut dikalangan wanita.
- Ini kerana, peragut beranggapan bahawa kaum wanita adalah lemah dan tidak mampu untuk bertindak balas.
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN JENAYAH RAGUT
- Jenayah ragut di Malaysia merupakan isu dan jenayah yang semakin berleluasa dan membimbangkan.
- Rakyat Malaysia berasa tidak selamat dan aman walaupun berada di negara sendiri kerana perlu sentiasa berhati – hati dan tidak bebas untuk melakukan aktiviti atau urusan seharian.
- Selain itu, perlu mengawasi keadaan sekeliling untuk memastikan keselamatannya terjamin.
- Sehubungan dengan itu, pelbagai pihak termasuk kerajaan, polis, masyrakat dan individu saling memerlukan bagi membendung jenayah ragut ini sebelum ianya menjadi lebih meruncing sehingga tiada jalan penyelesaiannya.
- Pelbagai pihak disaran untuk bekerjasama bagi membendung gejala ragut ini supaya dapat di atasi.
- Terdapat pelbagai langkah–langkah atau cara pencegahan melalui beberapa pihak antaranya ialah melalui pihak berkuasa tempatan, undang–undang, masyarakat dan individu itu sendiri.